Tuesday, April 7, 2009

yEah!!!

sonoknye...
mlm ni ade psr mlm kt semarak...
aku dh jnji ngn elis nk g sme2 sb tbe2 je rse lapar...
td mkn skit je...
x lalu nk mkn sb pk asgmnt y btimbun lg...
mgu ni mgu studyweek...
spttnya mgu ni untk study je...
tp apabila pk kpd asgmt kpla ku jd serabut...
dh la byk...
hai, cmne la nk jwb pekse ni ...
eee tkutnye nk menghadapi final ni...
tp walaubagaimanapun aku kne kuatkan semangat ni...
kne belajar bersungguh2 sb aku xnk hampakan harapan kedua org tuaku...
smga aku berjaya di dunia dan di akhirat...
AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Tuesday, February 10, 2009

pelik tapi benar....(campus quirk)

Aku pelik la dengan seorang budak tu, dia nak berjimat cermat sangat tau sampaikan rela ikat perut sedangkan duit ptptn dia banyak lagi dan tak berusik pun, dan kalau dia makan pun, mesti dia makan nasi putih je dengan telur dadar. Kalau aku, tak sanggup la makan macam tu, yela kalau nak berjimat cermat pun berpada-pada la, jangan sampai menyeksa diri.

Aku ingat lagi hari tu, dia nak cuci gambar tau tapi dia rela pergi tempat jauh kerana kat tempat tu ada promosi, jadi dapat harga murah la kalu cuci gambar banyak-banyak. Aku cakap la kat dia tempat dekat ada tapi pergi tempat jauh. Aku pelik betul la yela rela bersusah payah pergi tempat jauh semata-mata nak dapatkan promosi je.

Satu lagi, dia rela menunggu lama-lama kat stesen komuter, tunggu bas la nak balik asrama, dia tak nak naik teksi la sebab tambang teksi kan mahal rm12 tau tapi tambang bas rm2 je.dia rela la buang masa dia dengan menunggu bas lama-lama.Ish pelik betul la….

kata-kata untuk sahabat

“Persahabatan melipatgandakan kegembiraan dan memotong kesedihan menjadi separuhnya.”Begitulah kata-kata hikmah tentang persahabatan yang kebenaran maksudnya tidak bisa kita tolak. Persahabatan merupakan sesuatu yang vital dalam kehidupan seseorang, bahkan di zaman kita sekarang ini di mana interaksi manusia lebih banyak berlatar belakang mencari keuntungan materi belaka. Kesetiaan dan saling mendukung dalam kesenangan dan kesusahan dalam persahabatan merupakan landasan hubungan antara manusia yang membuahkan kebahagiaan dan ketenangan hidup.

Monday, February 9, 2009

cerita kesombongan

SOMBONG,memang selalu, kita manusia bersikap sombong. Kadangkala apabila kita lebih daripada orang lain, kita rasa diri sudah baik dan mulalah rasa meninggi diri. Malah kerapnya kita terlupa, kita sendiri tidak lebih hanya ciptaan Allah yang tidak memiliki apa-apa disisiNya.

Sesungguhnya kita manusia memang tidak punya kehebatan apa-apa pun jika dibandingkan dengan kebesaran Allah. Kisah mengenai kesombongan dan ketakburan sememangnya suatu cerita lama yang lebih tua berbanding kisah permulaan hidup manusia dimuka bumi ini.

Ingatkah lagi kisah keengganan iblis untuk tunduk sujud pada makhluk tang bernama Adamkerana merasakan penciptaan dan statusnya lebih baik?Allah melihat tingkah dan sikap iblis dengan firmanNya: “hai iblis,apa yang menghalang kamu untuk bersujud kepada yang telah Ku ciptakan. Apakah kamu menyombongkan diri (takbur) atau kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?”

Iblis terus menjawab: “ya Allah, aku (memang) lebih baik jika dibandingkan dengan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam Engkau ciptakan dari tanah. Mendengar jawapan dari iblis yang sombong, Allah berfirman, “keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir.”

Kesombongan, walaupun hanya sekecil batukerikil atau sehalus biji sawi tetap akan menghitamkan hati, itulah yang diperingatkan oleh Rasulullahdaripada Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud,”tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darei kesombongan dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari iman.”(Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

Menyatakan Syukur

Alhamdulillah syukur…itulah kalimah lazim yang terbit dari mulut andai kita beroleh apa-apa anugerah. Bersyukur adalah tindak balas yang baik sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.
Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pijian, selain Allah kerana semua nikmat dan pemberian itu daripada Allah semata-mata. Sebagai tanda bersyukur kepada Allah, kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepadaNya serta meletakkan keyakinan kepada Allah dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah dia mengingatinya, sesiapa yang mengignatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi , itu dianggap sebagai kufur nikmat.” (Riwayat At-Tabrani)
Suburkanlah budaya bersyukur dalam masyarakat, dengan menyedarkan diri dan orang lain untuk menghargai keamanan, tidak lupa daratan,tidak salahgunakan kemewahan, hindari maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan kecelakaan pada diri, keluarga dan masyarakat.
Tanda bersyukur dalam perkhidmatan pula dengan menjadikan khidmat kepada negara dan orang ramai sebagai satu ibadah. Bukan semata-mata unutk mencari nafkah kerana tujuan seseorang itu diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera atau sesuatu system supaya ia dapat memberiksn khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran megara.

Wednesday, February 4, 2009

The Head of American

kawan2 nak tau x....
Obama pandai cakap Indon tau....
tere la dia,aku pun x fasih berbahasa Indon...
ha, 1 lagi aku ada terbaca dalam A-Islam....
dulu Obama islam tau tapi dia dah masuk kristian balik lepas dia kahwin dengan Michelle...
dahsyatnya....

Friday, January 30, 2009

Hidup palestIn

we will not go down...
A song for Gaza...

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

gambar mase muda2