Monday, February 9, 2009

Menyatakan Syukur

Alhamdulillah syukur…itulah kalimah lazim yang terbit dari mulut andai kita beroleh apa-apa anugerah. Bersyukur adalah tindak balas yang baik sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.
Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pijian, selain Allah kerana semua nikmat dan pemberian itu daripada Allah semata-mata. Sebagai tanda bersyukur kepada Allah, kita hendaklah mengekalkan baik sangka kepadaNya serta meletakkan keyakinan kepada Allah dalam apa jua keadaan diiringi dengan ketaatan dalam beribadah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah dia mengingatinya, sesiapa yang mengignatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi , itu dianggap sebagai kufur nikmat.” (Riwayat At-Tabrani)
Suburkanlah budaya bersyukur dalam masyarakat, dengan menyedarkan diri dan orang lain untuk menghargai keamanan, tidak lupa daratan,tidak salahgunakan kemewahan, hindari maksiat dan gejala tidak sihat yang mengakibatkan kecelakaan pada diri, keluarga dan masyarakat.
Tanda bersyukur dalam perkhidmatan pula dengan menjadikan khidmat kepada negara dan orang ramai sebagai satu ibadah. Bukan semata-mata unutk mencari nafkah kerana tujuan seseorang itu diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera atau sesuatu system supaya ia dapat memberiksn khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran megara.

3 comments:

IBNU TURAB said...

Syukur itu subjektif n relatif..

shyshygirl said...

syukur la dengan apa yang kita ada..jangan bermegah-megah

LoVeHoLiC said...

sentiasa la bersyukur pd Allah..jgn ms susah je ingt Allah..

gambar mase muda2